Dua minggu yang lalu, saya mendapat jemputan untuk menulis dalam satu ruangan di majalah Xinguang. Perkara ini adalah lanjutan daripada emel saya yang meminta soft copy dalam format gambar bagi satu artikel Xinguang yang terdahulu. Kerana itu, saya ditawarkan untuk menulis 'after read' sebagai respon terhadap artikel berkenaan.
Semalam, editor Xinguang menghubungi saya melalui telefon pejabat.
"Saya nak ambil gambar cikgu, boleh?"
"Boleh, bila?"
"Sekarang saya datang pejabat cikgu."
"Erm... hari lain boleh tak? Hari ni saya tak cantik la."
Kami ketawa.
No comments:
Post a Comment